Surah Al-Maa’idah - (Hidangan) سورة المائدة
Surah Al-Maa’idah - (Hidangan) سورة المائدة - mempunyai 120
ayat; termasuk golongan dalam surah Madaniyyah. Sekalipun ada ayatnya yang
turun di Mekah, namun ayat ini diturunkan selepas Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah, iaitu
pada waktu haji wadaa'. Surah ini dinamakan Al Maa'idah (hidangan) kerana
memuatkan kisah pengikut-pengikut setia Nabi Isa a.s. meminta kepada Nabi Isa
a.s. agar Allah menurunkan untuk mereka Al Maa'idah (hidangan makanan) dari
langit (ayat 112). Dan dinamakan Al Uqud (perjanjian) kerana kata itu terdapat
pada ayat pertama surah ini dimana Allah menyuruh agar hamba-hamba-Nya memenuhi
janji mereka terhadap Allah dan perjanjian-perjanjian yang mereka buat
sesamanya. Dinamakan juga Al Munqidz (yang menyelamatkan), kerana akhir surat
ini mengandungi kisah tentang Nabi Isa a.s. penyelamat pengikut-pengikut
setianya daripada azab Allah.
Qari: Mishary Rasheed Al-Efasy
Isi Kandungan
2. Hukum-hukum: Keharusan menunaikan janji; hukum melanggar syiar Allah;
makanan yang dihalalkan dan diharamkan; hukum mengahwini ahli kitab; wudhu';
tayammum; mandi; hukum membunuh orang; hukum mengacau dan mengganggu keamanan;
hukum qisas; hukum melanggar sumpah dan kafaaratnya; hukum memburu binatang
pada waktu ihram; hukum persaksian dalam berwasiat.
3. Kisah-kisah: Kisah-kisah Nabi Musa a.s. menyuruh kaumnya memasuki Palestin; kisah
Habil dan Qabil, kisah-kisah tentang Nabi Isa a.s.
4. Dan lain-lain: Keharusan bersifat lemah lembut terhadap sesama mukmin
bersikap keras terhadap orang-orang kafir; penyempurnaan Agama Islam pada zaman
Nabi Muhammad s.a.w.; keharusan bersikap jujur dan berlaku adil; sikap dalam
menghadapi berita-berita bohong; akibat berkawan rapat dengan orang yang bukan
muslim; kutukan Allah terhadap orang-orang Yahudi, kewajipan rasul hanya
menyampaikan agama; sikap Yahudi dan Nasrani terhadap orang Islam; Kaabah
panduan hidup manusia; peringatan Allah supaya meninggalkan amalan Arab
jahiliyah; larangan-larangan terhadap pertanyaan-pertanyaan yang mengakibatkan
kesempitan dalam agama.
No comments:
Post a Comment